Melaksanakan pelbagai program kebajikan diatas nilai insaniyah sejagat
Cahaya insaniyah bukan hanya nama organisasi kami, ianya intipati perjuangan kami .Kami suara golongan yang tidak memiliki suara.Kami menyahut jeritan batin golongan terpinggir. Kami beriltizam menyudahi ketidakseimbangan sosial dan kemelaratan masyarakat.Kami berazam memakmurkan masyarakat dengan ilmu dan keadilan ekonomi.Jadilah sebahagian dari kami dengan menyokong misi kami ..
Apa membuatkan kami berbeza?
Membantu Tanpa Mengira Bangsa & Agama
Melaksanakan pelbagai program kebajikan dan keilmuan diatas nilai insaniyah sejagat bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik tanpa mengira ras bangsa dan agama.
Kemakmuran Sosial Melalui Ekonomi Digital
Membantu golongan tidak bernasib baik mengubah taraf kehidupan mereka melalui kegiatan keusahawan mikro dan perusahaan sosial.
Mewujudkan Prasarana Dan Sokongan Kepada Warga Emas
Kami membantu golongan warga emas dan golongan pesara melalui penyediaan prasarana taman persaraan dan program yang bermanafaat bagi menjadikan fasa kehidupan waktu penuaan mereka selesa ,bahagia dan tenang menuju alam abadi.
Bantu kami untuk membina kehidupan lebih baik.
Program Anjuran Kami

Dhuyufurrahman - Jalan Ke Tanah Suci
Program ini merupakan manifestasi keprihatinan masyarakat melalui infaq bagi menaja perjalanan ibadah buat insan terpilih; golongan kurang berkemampuan, OKU, mualaf, serta individu yang telah banyak berbakti kepada ummah.

Pondok Persaraan Insaniyah
"Disinilah Bermukimnya Keberkatan" Satu transformasi konsep penempatan warga emas yang menggabungkan keselesaan kediaman moden dengan jiwa Pondok Pengajian Al-Quran. Kami memfokuskan kepada Spiritual Retirement, di mana para pesara dapat..

Cahaya Ilmu
PCIM percaya bahawa budaya ilmu adalah nadi kepada sifat insaniyah. Tiga teras utama kami ialah: Hibah Ilmu - Ruang bagi pakar dan tokoh masyarakat menghibahkan pengalaman hidup mereka secara percuma melalui majlis ilmu dan perkongsian khas.

Hijrah Dunia
Membina jambatan pengalaman bagi bakat muda Malaysia menerusi penempatan di rangkaian NGO antarabangsa. Program ini bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang berjiwa besar, mempunyai jaringan global dan mampu membawa..

Program Fastabiqul Khairat
Berdasarkan seruan untuk "berlumba-lumba melakukan kebaikan", unit respons pantas ini memfokuskan kepada intervensi kebajikan jangka pendek. Ia memastikan bantuan sampai dengan segera kepada mereka yang menghadapi kecemasan atau keperluan

Digital Niaga Mandiri
Iltizam PCIM adalah mentransformasi peniaga mikro dan usahawan B40 melalui pemerkasaan teknologi digital agar mereka mampu bersaing dalam pasaran terbuka dan pasaran tanpa sempadan menerusi digitalisasi perniagaan.